Thursday, August 6, 2009

Hari Nisfu Sya'ban

15 Syaaban 1430h (Khamis , 6th August 2009)

Untuk makluman semua....
Marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah
kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri
kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan
kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan
pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu
maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas
3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah
segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin
Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api
neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu
sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah
orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang
meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima
taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang
berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita
akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

1 comments:

eT said...

huhu..aku ngan anak kecik ni konon nk menyambut nisfu syaaban ngan hati suci murni..cheewahhh
bkn kata nk baca 3x yaseen tu..nk abeskn sekali pon berperang ngan dania...adios la...