Tuesday, August 4, 2009

PANDUAN INFLUENZA A

A. Adakah ANDA mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A ?

DEMAM PANAS ( >38*C), BATUK, SAKIT TEKAK, SAKIT BADAN.
Jika ya, sila dapatkan rawatan dan asingkan pelajar dari kelas/kuliah. (Practice self isolation, social distancing and personal hygiene)

B. Bagaimana ANDA boleh dijangkiti Influenza A ?

i. Melalui titisan cecair yang keluar ketika batuk atau bersin dari seorang pesakit
ii. Menyentuh permukaan yang dicemari kuman Influenza A serta menyentuh muka/hidung

C. Apa yang patut ANDA lakukan sekiranya dijangkiti Influenza A ?

1. Makan ubat yang dibekalkan mengikut jadual
2. Minum air sebanyak mungkin supaya tidak dehidrasi serta makan makanan yang berkhasiat
3. Rehat secukupnya di rumah/ bilik
4. Segera dapatkan rawatan kecemasan sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut :
GANGGUAN PERNAFASAN, BATUK BERDARAH, SAKIT DADA YANG BERTERUSAN,
CIRIT-BIRIT ATAU MUNTAH BERTERUSAN, DEMAM PANAS MELEBIHI 3 HARI,
PERUBAHAN TINGKAHLAKU YANG ABNORMAL ATAU SAWAN,
LEMAH DAN TINDAK STABIL KETIKA BERDIRI

5. Amalkan langkah pencegahan jangkitan Influenza A dengan :
i. Sentiasa amalkan etika batuk dengan menutup muka dan hidung ketika batuk atau bersin dengan menggunakan tisu/sapu tangan serta cucikan tangan selepas batuk atau bersin
ii. Basuh tangan sekerap mungkin dengan air dan sabun secukupnya
Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah
iii. Jangan menggunakan / berkongsi barangan keperluan harian seperti pinggang mangkuk, sudu, tuala dan sebagai dengan pengidap Influenza A
iv. Elakkan dari berada di tempat yang padat sekiranya anda sedang mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A sehingga sihat sepenuhnya. Sekiranya anda perlu keluar, pastikan anda sentiasa memakai penutup muka (mask) dan mengamalkan Etika Batuk
v. Jarakkan diri anda dari orang ramai sekurang-kurangnya 1 meter

0 comments: